DIARI CINTA DI KAMPUS

CINTA?,
Korang semua mesti tahukan APA ITU CINTA?.Aku pun pernah cinta macam korang tapi CINTA aku nie special  sikit la.
Nak tau kenapa? Mari sini aku ceritakan.Aku nak pasangan yang macamnie. 


| BIODATA PILIHANKU |

 -  Nama : Syeikh. . . Bin Syeikh. . (Orang cakap 
    nama Syeikh ini handsome2 tau, hehe )
 -  Latar Belakang : pandai baca Al- Quran tapi baca 
    Al-Quran mestilah tahu tarannum, nahuwat,dan 
    talaqi dengan mana- mana ulama kt Timur Tengah
 -  Berpengalaman mengajar di mana- mana sekolah. .itu 
    yg ada gelaran ustaz
 -  Menghormati orang tua yang ini paling utama tau
 -  Pemuda yang rajin pergi masjid
| BIODATA AKU |
 Nak tau kerk tentang aku?,
 Aku ini biasa- biasa jerk. . 
 Nama : Puteri Raja Munirah Binti Raja Hamdi ( aku bukan
 keturunan raja tau. . )
 Status : Bujang vs Single
 Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Dalaman 

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
23/5/2005

Tarikh aku mendaftarkan diri di UiTM.Ada satu hari tu aku usha sorang mamat nielah.Aku nie kan x tau malu.Sepatutnya timba cari perigi tapi aku terbalik.Dia nie handsome xlah sangat tapi aku tertarik dengan dia sebab dia warak.Keperibadian dia itulah yang membuatkan hati aku macam nak meletop usha die.Rupa paras belakang punya cerita.Yang penting alim maa. . :) peace. .

Dia pun layan tapi layan- layan dia tu banyak bagi nasihat tau.Mana- mana lelaki yang aku kenal taucouple pastu clash. . aduishh.Aku ada bagi Sajak Jiwang Karat dekat dia.4 hari 4 malam pecah otak duduk karang sajak.Cuma satu sahaja aku perasan.Kami saling memendam perasaan tapi nak luahkan punyalah payah.Macam air masak yang tengah menggelegak. . huhhh

Wahai Imamku,
Saya amat merindui awak,
Saya tahu awak pun begitu,
Tapi masing-masing EGO dalam melontarkan perasaan,
Janji kita FriendsForever,
Betul tidak?

Wahai Penasihatku,
Tiada perasaan cinta dalam diriku ini,
Melainkan dariNya,
Hanya jalinan persahabatan yang kekal abadi,
Saya dambakan cita-cita dan impian yang menggunung bak Tembok Besar Cina bersama awak.

Murabbi Cinta Ilahi,
Saya cemburu bila tengok pretasi peperiksaan awak,
Boleh dikatakan setiap semester awak menandingi pelajar-pelajar yang lain,
Syabas awak!
Dalam Hati saya berbisik " Wow. . tidak boleh jadi nie",
Saya teringin study group dengan awak,
Tapi semua itu tidak mungkin terjadi,
Kerana saya menjaga ikhtilat.

. .  Puteri Raja Munirah Binti Raja Hamdi . .

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
 24/5/2005

Aku tak sangka dia reply letter aku.Terkejut jugak aku dibuatnya. Coretannya. .

Nur Kasihku,
Saya tahu awak minat saya,
Saya juga tahu awak cemburu akan kejayaan saya,
Kita sama-sama mendambakan cinta dariNya,
Tapi percayalah wahai permaisuriku,
Saya amat menyayangimu dan mengasihimu,
Tapi saya tidak layak untuk mencintai awak,

Jika saya mencintaimu tanpa ikatan,
Adakah awak sudi menerimaku?,
Ingatlah pesananku wahai cintaku,
Jika ditakdirkan cinta untuk bersama denganmu,
Saya akan jadikan awak nur kasih yang bertakhta di hati saya,
Bersujudlah padaNya agar kita dapat bersama,
Bertasbihlah padaNya agar dosa-dosa kita akan dihapuskan olehNya,
Beristigfarlah padaNya agar kita akan bersama,
Fahamilah segala tafsiran Al-Quran yang diturunkan olehNya agar kita tidak lari dari melakukan perintahNya,
Doakan agar saya dipermudahkan segala urusan di Yarmouk University.

. . Mencari Nur Kasih . .


Itulah awal dan akhir surat yang aku terima.Hanya air mata dan doa yang mampu aku pertahankan.Dia dapat tawaran melanjutkan pelajar di Timur Tengah dalam pengajiaan Usuluddin tapi aku stay di Uitm.Sejak dari situ aku mula berubah sikit demi sikit.Hujung minggu pula aktiviti aku dihabiskan dengan usrah.Since dia bagi surat tu juga kiteorang terputus hubungan.Dah 5 tahun peristiwa itu berlalu.Awal bulan 2010 dia datang rumah untuk merisik aku.Aku punyalah excited bin terharu. . * , * hehe.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
23/5/2010

Alhamdulilah perkhawinan kami dikurniakan 2 pasang mata untuk menerima pasangan seadanya, 2 pasang telinga untuk mendengar nasihat dan pandangan, 2 pasang tangan melakukan ibadah dan berdoa dan 2 pasang kaki untuk menuju ke Syurga.Insyaallah .. 

Andai kita nak mencari cinta carilah cinta dariNya, kelak kita akan temui cinta sejati yang Allah hadirkan untuk kita.Cinta korang bagaimana pula?














█║▌│█│║▌║││█║▌ © c5creative studio